Kuiz Matematik
19 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniKuiz Matematik ini dijalankan secara atas talian menggunakan laman sesawang kahoot.it bagi menarik minat peserta untuk belajar memandangkan kaedah pembelajaran sebegini sangat menarik dan memberi semangat untuk peserta bersaing dalam mendapatkan markah terbaik. Kaedah ini sesuai dijadikan salah satu alternatif dalam pembelajaran akademik.
Kelas yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Internet Kesedar Lebir selama 30 minit bermula jam 3.00 petang telah dihadiri oleh 3 peserta. Peserta perlu menjawab soalan matematik dalam masa yang telah ditetapkan. Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan kalkulator sebaliknya diberi kertas kira-kira bagi membuat pengiraan jawapan. Kelas tamat pada jam 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: